Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Pemantapan Kursus Penyusuan Susu Ibu
Penyertaan kursus PSI dalam Pertandingan Seni Tuaman kali ini menonjolkan satu inovasi warisan yang cukup unik menerusi integrasi elemen sains pemakanan, terapi tradisional, dan sokongan kesihatan ibu dan anak. Keunikan pertandingan ini diserikan lagi dengan penglibatan aktif para peserta kursus Penyusuan Susu Ibu 20 jam yang membawa perspektif pemulihan holistik pascabersalin. Berbeza dengan tuaman biasa, produk yang dipertaruhkan memanfaatkan khasiat rempah-ratus semula jadi seperti jintan putih atau jintan manis, buah pala, lada hitam, bunga lawang dan bunga cengkih yang digabungkan khusus untuk membantu melancarkan aliran susu ibu serta melegakan bengkak payudara. Malah, dalam pertandingan ini, info mengenai teknik tuam bayi turut diberikan secara praktikal kepada ibu-ibu postnatal (pascabersalin) sebagai sebahagian daripada pengisian semasa sesi perkongsian bimbingan penyusuan, bagi membantu melegakan kembung perut dan memberikan keselesaan kepada bayi.
Sinergi kreatif antara ilmu laktasi, bimbingan penyusuan, dan seni tuaman berteraskan rempah-ratus sihat ini ternyata berjaya mencuri tumpuan barisan juri serta para penserta kursus. Melalui demonstrasi interaktif, para peserta kursus menunjukkan bagaimana kaedah tuaman yang betul, baik untuk pemulihan ibu mahupun keselesaan bayi dan mampu diaplikasikan secara selamat dalam pengurusan penjagaan harian di rumah. Tuam Bayi turut diberikan sebagai hadiah kepada ibu postnatal. Secara keseluruhannya, platform ini bukan sahaja menjadi medan kreativiti, malah berjaya menterjemahkan mesej pematuhan kesihatan komuniti yang menyokong penuh kesejahteraan emosi dan fizikal kelompok ibu postnatal serta bayi di peringkat akar umbi.


- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
Selangkah Demi Nutrisi: Hall of Losers
- Get link
- X
- Other Apps


















Comments
Post a Comment