Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Selangkah Demi Nutrisi: Hall of Losers


Khamis, 14 Mei 2026

"Siapa kata menjadi 'Loser' itu satu kegagalan? Di Kinabatangan, gelaran ini amat dibanggakan!"

Dibawa khas oleh Unit NCD peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kinabatangan, Program Hall of Losers iaitu program intervensi pengurusan berat badan telah berlangsung dengan penuh komitmen di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Tongod. Seramai 20 orang peserta telah bersedia menyahut cabaran.

Bagi memastikan misi menurunkan berat badan para peserta berjalan dengan sihat, selamat dan berkesan, Nutritionist Nur Ainaa' Najihah dan Nutritionist Nur Fatimah telah tampil menyampaikan ceramah eksklusif. Beliau membongkar formula pemakanan sihat serta cara pengiraan kalori harian yang betul dan tepat demi memerangi risiko penyakit tidak berjangkit.

Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Syadi Bin Mat Saad, Pegawai Perubatan YM, Klinik Kesihatan Tongod.









Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *