Kombinasi Protein: Rahsia Pemulihan
Protein adalah nutrien makro yang bertindak sebagai bahan binaan utama untuk tubuh. Di klinik, sumber protein terbahagi kepada dua kumpulan: iaitu Protein Nilai Biologi Tinggi (HBV - High Biological Value) daripada sumber haiwan yang mengandungi semua asid amino perlu, dan Protein Nilai Biologi Rendah (LBV) daripada sumber tumbuhan.
Berikut adalah contoh makanan kaya protein:
1. Sumber Haiwan
(Protein HBV – Penyerapan & Kualiti Tertinggi)
Sangat disyorkan untuk fasa catch-up growth kanak-kanak malnutrisi dan menyokong pertumbuhan tisu wanita hamil.
- Ayam dan Daging Unggas: Bahagian dada ayam adalah yang paling padat protein dan rendah lemak. Daging burung puyuh juga tinggi protein.
- Daging Merah: Daging lembu, daging kambing, dan daging kerbau (pilih bahagian pejal/tanpa lemak untuk mengawal kalori bagi kes obesiti).
- Ikan dan Makanan Laut: Ikan kembung, ikan tenggiri, ikan tongkol, salmon, udang, sotong, dan kerang.
- Telur: Sumber protein yang paling ekonomik dan mudah didapati. Sebiji telur gred A membekalkan sekitar 6–7 gram protein berkualiti tinggi.
- Produk Tenusu: Susu segar, susu penuh krim, yogurt asli (terutamanya Greek yogurt kerana kandungan proteinnya dua kali ganda lebih tinggi daripada yogurt biasa), dan keju.
2. Sumber Tumbuhan
(Protein LBV – Kaya Serat & Rendah Lemak Tepu)
Sangat baik digabungkan dalam diet harian untuk menambah variasi nutrien dan serat, terutamanya bagi kes pengurusan berat badan (obesiti).
Produk Soya (Sumber Tumbuhan Terbaik):
Tempe: Sangat baik kerana proses fermentasi menjadikannya lebih mudah dicerna oleh usus.
Tauhu dan Taufufah: Sumber protein yang lembut dan mudah dimakan oleh kanak-kanak.
Susu soya tanpa gula added.
Kekacang (Legumes & Pulses):
Kacang dhal (lentil) – Sangat bagus dicampur dalam bubur anak atau dibuat sup.
Kacang kuda (chickpeas), kacang merah, kacang hijau, dan kacang edamame.
Kekacang Snek & Biji-bijian (Nuts & Seeds):
Kacang gajus, kacang badam (almond), dan kacang tanah.
Biji labu (pumpkin seeds) dan biji chia.
💡 Tip Nutritionist
Protein Tumbuhan kekurangan sesetengah asid amino. Bagi klien terutamanya vegetarian untuk menggabungkan bijirin dan kekacang (contoh: makan nasi bersama sup kacang dhal, atau roti mil penuh bersama mentega kacang) untuk mendapatkan profil protein yang lengkap seperti daging.
Untuk Kes Malnutrisi (Kanak-kanak): Fokus kepada protein HBV (telur, ayam, ikan) yang dimasak lembut atau dihancurkan bersama bubur padat tenaga untuk mempercepatkan pemulihan otot dan berat badan.
Untuk Kes Berat Badan Berlebihan / Obesiti: Modifikasikan hidangan protein menggunakan teknik rebus, panggang, atau kukus (contoh: dada ayam panggang, ikan singgang) bagi mengekalkan protein yang tinggi tanpa menambah kalori daripada minyak gorengan.

Comments
Post a Comment