Skip to main content

Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Featured

Bersama Sabariah ke Kota Kinabalu

Pengalaman menaiki bas ekspres Bas Sabariah yang bermula dari stesen Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu adalah satu kembara darat yang menguji ketahanan fizikal sekaligus menyajikan pemandangan alam semula jadi Sabah yang luar biasa.  Sebaik sahaja bas bergerak meninggalkan perkarangan stesen, enjin mula menderu membelah jalan raya utama, menandakan bermulanya ekspedisi panjang yang memakan masa berjam-jam lamanya.  Perjalanan saya bermula di Kinabatangan kerana tiada stesen bas di Kinabatangan. Bas Sabariah yang menjadi nadi pengangkutan penting penduduk Pantai Timur ke Pantai Barat kelihatan teguh menanti, menjanjikan perjalanan merentasi pelbagai bentuk muka bumi negeri di bawah bayu ini.  Merentasi kawasan Kinabatangan, landskap geografi berubah drastik daripada kawasan pekan kepada hamparan luas ladang kelapa sawit yang menghijau sejauh mata memandang. Daerah Kinabatangan terkenal dengan geografi tanah pamah yang luas dan lembap, dialiri oleh sungai terpanjang di Sab...

Pelangi Makanan Sihat SK Kota Kinabatangan



Selasa, 23 hb Jun 2026

Program Ceramah Pemakanan Sihat telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan. Program yang menyasarkan penyertaan dalam kalangan murid-murid tahun 4 hingga tahun 6  dan guru-guru ini dianjurkan sebagai langkah proaktif untuk memupuk kesedaran awal mengenai kepentingan amalan pemakanan yang seimbang sejak di bangku sekolah lagi. Pengisian ceramah yang disampaikan oleh Nutritionist Suwaibah berfokus kepada pengenalan konsep "Suku Suku Separuh", kepentingan mengambil sarapan pagi, minum air kosong serta panduan memilih snek yang sihat. Di samping itu, penekanan khusus turut diberikan kepada kepelbagaian warna sayur-sayuran dan buah-buahan seperti merah, hijau, putih/coklat, kuning, dan ungu/biru, di mana setiap warna dikongsikan mempunyai khasiat vitamin, mineral, dan antioksidan unik yang berbeza demi menyokong pertumbuhan fizikal serta kecerdasan minda murid yang optimum.

Suasana sepanjang ceramah berlangsung kelihatan sangat dinamik dan ceria dengan penglibatan aktif para murid dalam sesi soal jawab serta aktiviti interaktif yang disediakan. Pihak sekolah memberikan kerjasama yang amat baik dan menyambut baik usaha murni ini dalam usaha melahirkan warga sekolah yang bebas daripada masalah malnutrisi dan obesiti. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektifnya dengan impak yang positif, dan diharapkan momentum kesedaran untuk 'makan mengikut warna pelangi' ini dapat diteruskan melalui pemantauan amalan pemakanan sihat di peringkat sekolah mahupun di rumah bersama ibu bapa. Turut hadir, Puan Azmiah Binti Abd Azid selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kota Kinabatangan, Nutritionist Nur Ainaa' Najihah, MA Encik Jaunik dan Unit Pendidikan Sekolah PKK Kinabatangan. Puan Norwira, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran turut menyampaikan ceramah berkaitan bahaya rokok dan denggi.

Program Ceramah Kesihatan di sekolah ini dengan pengisian utama iaitu:

a) Bahaya rokok dan penggunaan vape

b) Penyakit berjangkit yang prevalen di daerah Kinabatangan

c) Denggi dan jangkitan saluran pernafasan 

d) Amalan Gaya Hidup Sihat dan langkah-langkah pencegahan penyakit



 

Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *