Skip to main content

Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Featured

Diskusi Program Pakej Inisiatif Sekolahku SIhat Stail Kita (SKSSK) bersama Guru Besar SKBG II

Rabu, 1 hb Julai 2026 Satu sesi perbincangan peringkat awal bagi membincangkan pelaksanaan Program "Sekolahku Sihat, Stail Kita" telah diadakan di Pejabat Guru Besar SK Bukit Garam II. Sesi ini dihadiri oleh Encik Abd Rait Bin Othman, Guru Besar selaku penasihat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), serta penyelaras Unit 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan dan Kesihatan). Pertemuan penting ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dasar, panduan hala tuju, serta mandat daripada pihak pentadbiran tertinggi sekolah sebelum gerak kerja penubuhan jawatankuasa dan penyediaan logistik program dimulakan. Dalam sesi tersebut, satu penerangan ringkas mengenai konsep, objektif, dan pengisian utama program telah dibentangkan kepada Guru Besar. Fokus utama pembentangan tertumpu kepada pelaksanaan ujian penilaian intervensi yang bakal dijalankan terhadap para pelajar. Ujian intervensi ini dirangka khusus untuk mengukur tahap kefahaman semasa murid mengenai amalan pemakanan sihat, seka...

Mengangkat Isu Pemakanan Daerah Melalui Penulisan


Khamis, 18 Jun 2026

Sempena Kursus Diet Terapi bersama barisan Nutritionist Sabah di JKN ITCC Shopping Mall Penampang, Nutritionist Suwaibah tampil berkongsi panduan eksklusif dalam penulisan kreatif. Misi ini adalah untuk menyuntik inspirasi agar lebih ramai Nutritionist Sabah bangkit pena, menterjemah isu pemakanan komuniti di daerah masing-masing ke dalam bentuk novel yang santai tetapi penuh impak, sekali gus mengangkat isu pemakanan unik di setiap daerah Sabah. 

Perkongsian ini membongkar segala-galanya tentang cara penerbitan buku, cara terbit sendiri, sistem royalti, dan bagaimana menjana pendapatan melalui penulisan. Bukan itu sahaja, beliau sempat menitipkan inspirasi besar menerusi pengalaman novel beliau. Siapa sangka, sebuah karya yang ditulis secara santai dan bersahaja rupa-rupanya dinilai tinggi sehingga dijadikan tesis kajian oleh mahasiswa UKM. Buat semua Nutritionist, penulisan ini adalah pemangkin semangat, ada pengajaran besar yang boleh dipelajari. Kita  perlu berani menulis dan biarkan dunia menilai impaknya.

Semoga karya kreatif mampu mendidik masyarakat secara santai namun berkesan.










Comments

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *