Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Resepi Udang Masak Durian Merah Kinabatangan

Hidangan tempatan khas Sabah ini menggabungkan kesegaran udang dengan keunikan rasa durian merah Kinabatangan (durian Alau / Sukang) yang gurih dan tidak terlalu manis.

Bahan-Bahan Perapan

  • 500g Udang galah/segar (dicuci bersih)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit & garam
  • Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan Isi Utama

  • 1 mangkuk Isi Durian Merah Kinabatangan (dibuang biji)

Bahan Kisar / Tumbuk

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 6-8 sudu makan cili kering kisar (ikut tahap kepedasan)
  • 5 biji cili padi (diketuk)

Bahan Sos & Perasa

  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam, gula, dan sedikit serbuk perasa secukupnya

Cara Masak

  1. Goreng Udang: Gaulkan udang bersama kunyit dan garam. Goreng kilas (sekejap sahaja) dalam minyak panas sehingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan ketepikan.

  2. Tumis: Guna sikit minyak gorengan udang tadi, tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar) sehingga garing dan pecah minyak.

  3. Masukkan Sos & Durian Merah: Masukkan sos cili, sos tiram, dan cili padi ketuk. Tambahkan isi durian merah Kinabatangan. Kacau perlahan atas api sederhana hingga durian sebati dengan kuah.

  4. Perasa: Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

  5. Sebatikan Udang: Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata selama 1–2 minit supaya kuah merah durian meresap ke dalam udang, kemudian padamkan api.

Petua: Jangan masak isi durian merah terlalu lama supaya aromanya kekal segar dan tidak terlalu hancur. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.



Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *