Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Perjalanan ke Pedalaman Tongod



Selasa, 9 hb Jun 2026

Perjalanan Nutritionist bersama pemandu Zuhaily, bermula dari perkarangan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kinabatangan, membelah fajar menuju ke daerah Tongod demi sebuah amanah kesihatan. Merentasi laluan yang beralun, tayar kenderaan kami setia menjamah jalan raya yang dilingkari hamparan hijau hutan tropika dan ladang sawit yang saujana mata memandang. Biarpun jaraknya jauh dan sesekali diuji dengan laluan yang mencabar fizikal serta mental, setiap kelokan jalan berbatu dan berbukit itu langsung tidak mematahkan semangat kami. Sambil ditemani hilai tawa rakan sekerja di dalam kereta dan alunan muzik yang mendamaikan, perjalanan panjang merentas pedalaman Sabah ini bertukar menjadi sebuah kembara yang penuh dengan cerita, ukhuwah, dan kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.


Logistik perjalanan ke kawasan pedalaman ini mengambil masa yang agak panjang, iaitu selama 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan balik. Bagaimanapun, sepanjang tempoh 6 jam pemanduan berulang-alik merentas keadaan jalan raya yang bervariasi ini, koordinasi yang baik dan semangat berpasukan yang tinggi di kalangan anggota kerja berjaya menukarkan cabaran tersebut menjadi satu pengalaman yang lancar. Hal ini sekali gus memastikan pasukan tiba di lokasi program dan kembali semula ke pangkalan dalam keadaan selamat serta cergas.



 

Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *