Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

7 Strategi Pemakanan Menangani Masalah Kurang Zat Makanan Di Bukit Garam



Khamis,
10 hb September 2026

Satu sesi Demonstrasi Masakan Sihat telah berjaya dilaksanakan di Klinik Kesihatan Bukit Garam dengan sasaran utama kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun, fokus kepada usaha menangani masalah kurang zat makanan seperti kurang berat badan, bantut, dan susut. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan penyertaan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang ibu dan 6 orang kanak-kanak. Menerusi sesi ini, para peserta didedahkan dengan 7 Strategi Pemakanan Menangani Masalah Kurang Zat Makanan bagi membantu ibu bapa menyediakan hidangan yang berkhasiat, seimbang, dan sesuai untuk tumbesaran anak-anak mereka. Sesi demonstrasi masakan sihat ini telah dijayakan oleh Puan Jumriah Binti Endang, Jururawat Kesihatan Awam, bersama Puan Afiqah Binti Rusland, Jururawat Masyarakat.

7 Strategi Pemakanan Menangani Masalah Kurang Zat Makanan
(Kurang Berat Badan, Bantut dan Susut)

  • Sumber tinggi protein
  • Makanan tinggi tenaga dan nutrien
  • Makanan tinggi kalori 
  • Saiz hidangan yang mencukupi
  • Pengambilan lemak sihat
  • Pilihan minuman sihat
  • Kekerapan makan 5–6 kali sehari

Pengisian Menu Harian 

  • Sarapan: 1 gelas Susu + 2 senduk Nasi goreng ikan bilis +sayur pucuk manis (digoreng dengan marjerin)
  • Minum Pagi: 1 gelas Susu + 1 1/2 keping Roti sandwich
  • Makan Tengah Hari: Nasi putih (1 cawan) + 1 potong Ikan goreng + 1 senduk Sayur (bayam+lobak merah+udang) + 2 biji Pisang saiz kecil 
  • Minum Petang: 1 gelas Susu  + 1 biji Roti pau 
  • Makan Malam: 2 senduk Nasi putih + 1 senduk Sayur (bayam+lobak merah +udang) + 1 potong Ikan goreng + 2 biji Pisang saiz kecil + 1 gelas Air kosong




Semoga sesi Demonstrasi Masakan Sihat ini dapat memberi kesedaran dan kemahiran praktikal kepada para ibu dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat serta seimbang untuk anak-anak. Diharapkan agar 7 strategi pemakanan yang dikongsi dapat dipraktikkan secara berterusan di rumah, sekali gus membantu mengatasi masalah kurang zat makanan, bantut, dan susut dalam kalangan kanak-kanak demi melahirkan generasi yang sihat dan membesar dengan optima.



Di sediakan Oleh
Jumriah Binti Endang
Klinik Kesihatan Bukit Garam

Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *