Yogurt Prawn Mushroom Muffin
Resepi Yogurt Mushroom Muffin ini menghasilkan muffin yang lembut, gebu, dan memberi rasa dalam mulut. Kehadiran yogurt membantu memastikan tekstur muffin kekal lembut, manakala cendawan shitake memberikan rasa umami yang padat.
Bahan A
- 150g cendawan shitake (dipotong dadu kecil)
- Kapsikum pelbagai warna (merah, hijau, kuning dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (dincincang halus)
- 1 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik soda (baking soda)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2-3 ekor udang (protein yang beri rasa manis semulajadi)
Bahan B
- 3/4 cawan yogurt asli (plain/Greek yogurt)
- 1/2 cawan susu segar
- 1/3 cawan minyak masak atau mentega cair
- 2 biji telur (gred A)
- 1/2 cawan keju cheddar diparut (pilihan, untuk rasa lebih berlemak)
Cara Memasak
1. Pukul Bahan B
Dalam mangkuk adunan, pukul telur, yogurt, susu, dan minyak masak/mentega cair sehingga sebati.
2. Adunkan bahan
Tuang campuran bahan B ke dalam mangkuk bahan A.
3. Bakar
Tuang adunan ke dalam loyang muffin yang telah dialas cawan kertas (sekitar 3/4 penuh). Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga cucuk lidi keluar bersih.
4. Hidang
Sesuai dimakan untuk minuman pagi atau petang untuk seisi keluarga. Yogurt Prawn Mushroom Muffin kaya dengan nutrisi sesuai untuk kanak-kanak bagi menambah kenaikan berat badan.
Cadangan untuk 1 hidangan
2 biji Yogurt Prawn Mushroom Muffin anggaran 120-150 kcal (bergantung kepada saiz cawan kertas yang digunakan)

Comments
Post a Comment