Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Iodin: Perangsang Hormon Tiroid & Kecerdasan Minda Anak

 


Iodin adalah nutrien mikro yang sangat kritikal, terutamanya untuk wanita hamil bagi memastikan perkembangan otak janin yang optimum dan mencegah masalah terencat akal (Cretinism), serta untuk kanak-kanak bagi mengawal atur metabolisme badan melalui hormon tiroid.

Sumber iodin terbesar datangnya daripada ekosistem laut, kerana air laut secara semula jadi kaya dengan mineral ini. Berikut adalah contoh makanan yang kaya dengan iodin:

1. Makanan Laut & Rumpai Laut (Sumber Paling Padat)

Ini adalah kumpulan makanan utama yang mengandungi kandungan iodin semula jadi yang paling tinggi.

  • Rumpai Laut (Seaweed): Seperti rumpai laut kering (nori yang digunakan untuk sushi), kelp (kombu), dan wakame yang sering diletakkan dalam sup. Kuantiti yang kecil sudah memadai untuk memenuhi keperluan harian.

  • Ikan Laut Dalam: Ikan kod (cod), ikan tuna, ikan salmon, ikan tenggiri, ikan kembung, dan ikan bawal emas.

  • Kerang-kerangan & Krustasea: Udang, ketam, sotong, kerang, lala, dan tiram.

2. Produk Tenusu & Telur

Haiwan ternakan yang memakan makanan yang diperkaya iodin akan memindahkan mineral ini ke dalam produk hasil mereka.

  • Susu dan Yogurt: Secawan yogurt asli atau segelas susu penuh krim membekalkan jumlah iodin yang sangat baik.

  • Keju: Terutamanya keju jenis kotej (cottage cheese) dan cheddar.

  • Telur: Iodin tertumpu pada bahagian kuning telur.

3. Garam Beriodin (Iodized Salt) – Strategi Pencegahan Utama

  • Di Malaysia, penggunaan garam beriodin adalah salah satu langkah kesihatan awam yang diwajibkan (terutamanya di kawasan pedalaman) untuk mencegah isu Iodine Deficiency Disorders (IDD) seperti penyakit beguk (goiter).

  • Tip Penggunaan: Nasihatkan ibu hamil atau penjaga untuk memasukkan garam beriodin di akhir waktu memasak (selepas menutup api dapur). Haba yang terlalu panas semasa memasak boleh meruap dan mengurangkan kandungan iodin di dalam garam tersebut.

💡 Tip Nutritionist Untuk Ibu Hamil

Semasa trimester pertama kehamilan, kelenjar tiroid ibu perlu bekerja 50% lebih kuat untuk menghasilkan hormon tiroid bagi menyokong pembentukan awal otak bayi. Ibu hamil perlu

  • Mengamalkan hidangan ikan laut sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu.
  • Memastikan garam masakan di rumah ditukar kepada garam beriodin 

  • memakan produk tenusu dan telur. Bagi ibu yang mengalami alahan teruk terhadap makanan laut (seafood allergy), pengambilan produk tenusu seperti yogurt dan telur adalah alternatif yang sangat membantu.

Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *