Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Deejay Energetik Bulan Pemakanan 2026

 


Sabtu, 20 Jun 2026

Atmosfera Program Bulan Pemakanan di ITCC Shopping Mall pastinya tidak akan seketul dan sehidup ini tanpa kehadiran dua figura hebat yang mengemudi pentas utama. Gandingan mantap dua orang deejay pakar pemakanan, iaitu Nutritionist Ainaa' Najihah dan Nutritionist Farah Elina (KK Bingkor Keningau), benar-benar menjadi nadi yang menghidupkan seluruh ruang legar. Dengan menyarung jubah kepakaran sains pemakanan dan bakat komunikasi yang bersahaja, mereka berjaya mengubah sebuah program kesihatan yang formal menjadi satu pesta ilmu yang sangat santai, interaktif, dan penuh dengan gelak tawa.

Kelincahan Nutritionist Ainaa' Najihah menuturkan kata-kata penuh info di corong mikrofon sentiasa disambut mesra oleh sorakan pengunjung, manakala usikan serta celoteh spontan daripada Nutritionist Farah Elina pula tidak pernah gagal menceriakan suasana. Gabungan suara mereka berdua bukan sahaja memandu perjalanan setiap slot aktiviti, daripada cabaran mukbang hinggalah ke sesi aerodance, malah mereka dengan bijak menyelitkan tip-tip pemakanan sihat secara santai. Aura positif dan tenaga luar biasa yang dipancarkan oleh dua orang deejay profesional ini benar-benar memukau penonton dari awal hingga ke penghujung acara.

Melihat keakraban dan kebijaksanaan Nutritionist Ainaa' dan Nutritionist Farah di atas pentas, segala sisa keletihan selepas pemanduan jauh merentasi gunung-ganang dari Kinabatangan seolah-olah hilang begitu sahaja. Kehadiran mereka membuktikan bahawa ilmu kesihatan dan dietetik boleh disampaikan dengan cara yang sangat menghiburkan dan dekat di hati masyarakat. Semangat dan keceriaan yang mereka zahirkan, bukan sekadar mencuri tumpuan para pengunjung ITCC, malah turut menyuntik inspirasi baharu dalam lipatan diari perjalanan kerjaya seorang Nutritonist.










Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *