Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Klinik Kesihatan Sukau Terima Kunjungan Nutritionist!

Isnin, 10 Jun 2026 πŸ©ΊπŸŽ

Klinik Kesihatan Sukau telah menerima lawatan penyeliaan daripada Nutritionist Puan Suwaibah Abd Hadi. Lawatan berkala Program Pemakanan ini sangat penting, bagi memastikan setiap aktiviti dan pemantauan status zat makanan penduduk setempat sentiasa berjalan dengan cemerlang dan efektif!

Antara "check-list" utama yang diberi perhatian sepanjang sesi penyeliaan ini termasuklah: 

a) Runding Cara Pemakanan – Memastikan kes dirujuk dan dikendalikan dengan slot kaunseling yang berkualiti. Perlu rujuk tarikh RCP yang terkini.

b) Ukuran Tepat, Kesihatan Berkat – Pemantauan teknik mengukur berat, panjang, atau tinggi yang tepat. Kalibrasi alat penimbang. 

c) Sokongan Nutrisi Kanak-kanak & Ibu Hamil – Memantau rapi pengurusan kes kanak-kanak kekurangan zat makanan serta ibu hamil yang mengalami anemia. 

d) Pengurusan Reten – Memastikan data pemakanan direkod dengan tepat

e) Bilik Laktasi - Tinjauan ke arah keceriaan dan keselesaan

Syabas diucapkan kepada seluruh warga KK Sukau atas komitmen yang diberikan. Bersama-sama kita tingkatkan status kesihatan komuniti! 

Penyeliaan Pemakanan dibantu oleh JM Idryna.  








Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *