Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Seminar Penyusuan Susu Ibu di KKIA Kinabatangan

 


Jumaat 3 hb Julai 2026 

Sesi ceramah penyusuan susu ibu di KKIA Kinabatangan telah menyatukan seramai 20 orang peserta yang hadir dengan penuh semangat. Kehadiran mereka yang merangkumi gabungan mantap antara anggota kesihatan di barisan hadapan, para ibu postnatal (ibu berpantang) yang gigih menimba ilmu, serta barisan penggerak daripada kumpulan sokongan. Nutritionist Suwaibah Binti Abd Hadi berkongsi maklumat penyusuan yang penuh pengisian ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan memperkukuh ilmu pengetahuan komuniti setempat mengenai kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif demi jaminan kesihatan jangka panjang.

Pengisian utama CME kali ini menumpukan kepada kupasan mendalam mengenai kepentingan penyusuan susu ibu, teknik pelekapan yang betul bagi memastikan keselesaan ibu dan bayi, di samping membincangkan penyelesaian bagi masalah-masalah lazim penyusuan yang sering dihadapi oleh para ibu. Selain itu, sesi ini turut mengetengahkan konsep Mother-Friendly Care yang memberi penekanan kepada sokongan emosi dan fizikal yang holistik kepada ibu sepanjang proses melahirkan dan menyusukan anak.

Suasana sesi CME menjadi lebih interaktif dan bermakna dengan kehadiran barisan ibu postnatal yang sangat komited menimba ilmu sebagai persediaan awal, serta sokongan padu daripada Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kinabatangan. Penglibatan aktif kumpulan sokongan ini amat penting dalam berkongsi pengalaman sebenar dan memberi dorongan moral sesama ibu bagi meruntuhkan tembok cabaran dalam dunia penyusuan.

Melalui program seumpama ini, adalah diharapkan agar rantaian sokongan terhadap penyusuan susu ibu di daerah Kinabatangan akan terus diperkasakan secara konsisten. Kolaborasi erat antara kakitangan Pejabat Kesihatan, barisan ibu, dan kumpulan sokongan komuniti merupakan kunci utama dalam melahirkan generasi masa depan yang sihat di samping memastikan para ibu sentiasa dihargai dan dibimbing dalam perjalanan mulia ini.

Besar harapan yang digalaskan agar para peserta yang hadir dapat bertindak sebagai duta penyusuan susu ibu di lokaliti masing-masing, sama ada di tempat kerja, kawasan taman perumahan, mahupun di peringkat kampung. Dengan adanya misi perubahan ini, usaha murni untuk membimbing dan menyuntik semangat buat ibu-ibu lain akan menjadi lebih dekat, meluas, dan berkesan.

FB INFO SIHAT KINABATANGAN







Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *