Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang
Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Ops Sihat SKBG II: Jom Makan Secara Sihat, Ganyang Aedes, Say No to Vape!
Rabu, 1 hb Julai 2026
Program Ceramah Kesihatan bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II telah diadakan dengan jayanya. Program ini melibatkan semua murid Tahap 1 dan 2 serta barisan guru. Turut hadir adalah Encik Abd Rait bin Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II dan Guru Penolong Kanan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menjaga pengambilan makanan sihat, bahaya ancaman penyakit denggi, serta risiko tabiat merokok dan penggunaan rokok elektrik (vape) dalam kalangan generasi muda.
Program dimulakan dengan taklimat pencegahan denggi oleh Puan Norwira, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, yang menekankan kaedah "Cari dan Musnah" tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah dan rumah. Slot kedua disampaikan oleh Encik Rone B. Peter yang mengupas isu keselamatan dan implikasi buruk tabiat merokok serta budaya vape dari sudut kesihatan fizikal dan undang-undang. Sesi ceramah diakhiri dengan amalan pemakanan sihat, oleh Nutritionist Suwaibah Binti Abd Hadi dengan konsep Pinggan Sihat Malaysia "Suku-Suku Separuh" bagi menangani masalah obesiti di peringkat sekolah.
Selain slot ceramah yang interaktif, Pengisian program turut merangkumi sesi pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Unit Kesihatan Sekolah, Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kinabatangan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat reaksi yang amat positif daripada para murid sekolah. Keadaan di dalam dewan bertukar menjadi gamat dengan sorakan keterujaan murid-murid yang saling bersaing untuk merebut peluang menjawab soalan kuiz. Semoga maklumat kesihatan yang diperolehi melalui program ini dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian murid demi melahirkan modal insan yang sihat, cergas, dan bebas daripada gejala negatif.
- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
Selangkah Demi Nutrisi: Hall of Losers
- Get link
- X
- Other Apps
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
Comments
Post a Comment