Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Sekolah Kebangsaan Sogo Sogo: Pelancaran Sekolahku Sihat Stail Kita

 


Selasa, 21 Julai 2026

Majlis Pelancaran Inisiatif "Sekolahku Sihat, Stail Kita!" bertemakan Membina Persekitaran Sihat, Membentuk Generasi Hebat telah berlangsung dengan meriah bertempat di SK Sogo-Sogo, Tongod. Program ini dianjurkan oleh Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tongod, program ini melibatkan penyertaan seramai 45 orang murid Tahap 2 menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang dirangka khusus bagi memupuk kesedaran kesihatan menyeluruh dalam kalangan warga sekolah.

Pengisian program ini diperkukuh menerusi pelaksanaan modul berteraskan konsep S.M.A.R.T, iaitu Saringan Kesihatan (S), Makan Secara Sihat (M), Aktif Bersenam (A), Remaja yang Sihat (R), serta Titik Berat Keselamatan dan Kebersihan Makanan (T). Pelaksanaan inisiatif ini turut mendapat sokongan padu dan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kesihatan termasuk Unit Pemakanan PKD Telupid, Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dari Klinik Kesihatan (KK) Tongod dan KK Entilibon, serta Unit Fisioterapi dan Unit Cara Kerja Klinik Kesihatan Tongod.

Kemuncak majlis pelancaran telah disempurnakan dengan gimik memotong buah-buahan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sogo-Sogo, Tuan Mahathir, sebagai simbolik komitmen rasmi pihak sekolah dalam membudayakan amalan pemakanan sihat. Acara ini mencerminkan kesungguhan pihak pentadbiran sekolah dalam memastikan aspek pemakanan dan gaya hidup sihat sentiasa diberi keutamaaan demi kesejahteraan murid.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah, para guru, seluruh anggota kesihatan, serta semua rakan strategik atas komitmen jitu dan kerjasama berpasukan dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif murni ini berterusan menjadi pemangkin kepada pembinaan persekitaran sekolah yang sihat serta melahirkan generasi muda yang hebat dan berkualiti.

Facebook 













Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *