Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Ceramah Kesihatan dan Nutrisi Ibu Menyusu di Hospital Kinabatangan

 

Selasa, 18 hb Ogos 2026

Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 Jam telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, Hospital Kinabatangan. Penganjuran program latihan intensif dari pihak Hospital Kinabatangan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, kefahaman serta kemahiran praktikal para petugas kesihatan dalam mengendalikan isu-isu berkaitan penyusuan susu ibu. Sesi penganjuran ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Hospital Kinabatangan, YBhg. Dr. Jonathan Noel, yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program. Kursus ini melibat penyertaan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang kakitangan kesihatan dan 4 orang kakitangan Hospital Kinabatangan.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan latihan komprehensif kepada kakitangan agar memenuhi standard dan keperluan pencapaian status Hospital Rakan Bayi serta Klinik Rakan Bayi. Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap anggota berupaya memberikan bimbingan yang tepat dan berkesan kepada ibu-ibu hamil serta ibu selepas bersalin.

Bagi melengkapkan modul latihan, pihak penganjur telah mengundang Nutritionist Suwaibah Binti Abd Hadi, sebagai penceramah jemputan bagi mengendalikan slot Kesihatan dan Nutrisi Ibu Menyusu. Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai jumlah keperluan tenaga dan nutrisi makro serta mikro yang penting bagi ibu menyusu. Penekanan diberikan kepada pengambilan makanan seimbang mengikut saranan Pinggan Sihat Malaysia dan berdasarkan Piramid Makanan bagi memastikan kesihatan ibu kekal optimum di samping menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran bayi.

Sesi ceramah tersebut turut merangkumi topik perancangan keluarga yang sesuai untuk ibu menyusu serta pengenalan kepada makanan galaktagog. Peserta didedahkan dengan pelbagai jenis makanan semula jadi yang berupaya merangsang dan meningkatkan penghasilan susu ibu secara selamat dan berkesan mengikut bukti saintifik.

Sepanjang 20 jam latihan dijalankan, para peserta menunjukkan komitmen dan keterlibatan yang amat tinggi melalui sesi soal jawab, perbincangan interaktif, dan simulasi kes. Pendekatan dwiarah ini membolehkan peserta memahami cabaran sebenar di lapangan serta kaedah penyelesaian masalah penyusuan secara profesional.

Secara keseluruhannya, Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 Jam ini telah mencapai matlamat penganjurannya dengan jayanya. Diharapkan agar kesemua kakitangan yang telah dilatih dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi seterusnya memperkukuhkan mutu perkhidmatan sokongan penyusuan susu ibu di Hospital Kinabatangan dan klinik-klinik kesihatan berhampiran.







FB INFO KINABATANGAN

Penulis: Dr. Goh Shu Meng


🤱🏻 MEMPERKASA PENYUSUAN SUSU IBU MELALUI KERJASAMA HOSPITAL & KESIHATAN PRIMER

Tahniah dan syabas kepada Hospital Kinabatangan atas kejayaan penganjuran Kursus Penyusuan Susu Ibu 20 Jam pada 18–20 Ogos 2026.

Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan turut berbesar hati dapat bersama dalam program ini melalui penyertaan anggota daripada klinik kesihatan, iaitu:

🧑🏻‍⚕️*Dr Lionel*, 

👩🏻‍⚕️*Dr Dayana*, 

👩🏻‍⚕️*Dr Fazera* dan 

👩🏻‍⚕️*PPP Mercy*.

Kerjasama erat antara Hospital Kinabatangan dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan amat penting dalam memastikan sokongan penyusuan susu ibu dapat dilaksanakan secara berterusan dan konsisten — bermula daripada penjagaan di hospital, diteruskan di klinik kesihatan dan seterusnya diperkukuh dalam komuniti.

Pendekatan bersama ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi anggota, malah membantu memastikan ibu dan bayi menerima sokongan yang berkesinambungan sepanjang perjalanan penyusuan.

Terima kasih kepada pihak Hospital Kinabatangan, barisan penceramah, fasilitator dan AJK BFHI atas ruang pembelajaran serta kolaborasi yang sangat bermakna ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mesra ibu serta bayi di seluruh Kinabatangan. 🌿💛

Hospital dan Kesihatan Primer, satu kesinambungan penjagaan — bersama memperkasa penyusuan susu ibu.


#SihatKinabatangan 

#PenyusuanSusuIbu 

#BFHI 

#KesihatanIbuDanAnak






Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *