Kepelbagaian, Bersederhana dan Diet Seimbang

"Khasiat tidak datang daripada satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan hidangan anda, kerana setiap jenis makanan membawa kebaikan uniknya yang tersendiri."

Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Lahad Datu

Jumaat, 25 hb September 2026 

Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat negeri Sabah sedang berlangsung dengan jayanya bermula dari 24 hingga 27 September 2026 bertempat di WellnessHub Lahad Datu. Program ini dianjurkan bagi memperkasa amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat melalui pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang tempoh tersebut.

Penganjuran program ini turut menyerlahkan komitmen barisan Nutritionist yang memainkan peranan penting secara aktif. Kami Nutritionist Kinabatangan iaitu Nutritionist Suwaibah, Nutritionist Fatimah, dan Nutritionist Ainaa turun padang bagi memastikan pengisian program mencapai matlamat kesihatan awam yang ditetapkan. Semoga kehadiran kami memberikan nilai tambah yang besar kepada pengisian ilmiah dan teknikal sepanjang empat hari program berjalan.

Nutritionist Suwaibah berganding bersama Nutritionist Ayu (KK Sandakan) dan Jamira (KK Lahad Datu) bertindak sebagai juri bagi pertandingan menyediakan menu sihat sandwich. Juri perlu menilai sajian hidangan, kreativiti dan kekemasan, kebersihan, serta aspek pemakanan seimbang yang diaplikasikan oleh para peserta dalam hidangan yang disediakan. Penilaian teliti ini mendidik masyarakat tentang cara penyediaan makanan berkhasiat yang praktikal untuk diamalkan di rumah setiap hari.

Nutritionist Fatimah pula berganding bersama Nutritionist Syaznie dan jururawat KK Lahad Datu terlibat sebagai juri pertandingan merekacipta replika piramid makanan. Pertandingan ini menguji kefahaman peserta terhadap konsep Suku-Suku Separuh dan panduan pemakanan sihat Malaysia secara visual dan kreatif. Kreativiti para peserta dalam menghasilkan replika bukan sahaja menarik perhatian pengunjung malah menjadi alat bantu mengajar yang sangat berkesan kepada masyarakat umum.

Nutritionist Ainaa menjaga booth pameran pemakanan yang menjadi pusat rujukan utama pengunjung sepanjang program berlangsung. Di booth tersebut, pelbagai maklumat kesihatan, khidmat nasihat pemakanan secara terus, serta bahan pendidikan kesihatan telah disampaikan kepada orang ramai. Kami hanya dapat berkampung di sini pada 25 dan 26 hb September 2026 bagi menyemarakkan lagi kejayaan program BMSS di WellnessHub Lahad Datu demi melahirkan komuniti yang lebih sihat dan sejahtera. 

Lain kali jemput kami lagi!!

Salam Sabah Maju Jaya







Ulasan juri pertandingan


Pabila Nutritionist Fatima bersuara....

Elok rupa manis senyuman,
Semangat waja membara di dada;
Kecil molek jadi tumpuan,
Rajin bekerja luar biasa!

Piramid makanan panduan hidup,
Cekap bertugas tak pernah jemu;
Prestasi cemerlang terus ditiup,
Kecil orangnya, besar jasamu.

Kami terhibur dengan celoteh Nutritionist Dale selaku emcee pertandingan menu sihat. 

Menu sihat dinilai juri,
Suasana riang bertambah ceria;
Celoteh Dale menghibur diri,
Gamat dewan ketawa ria.

Masak lemak berkuah santan,
Hidangan siap di atas meja;
Emcee Dale penyeri intan,
Celotehnya lucu penat pun lupa.



Comments

Harga Kesihatan

"Kesihatan itu mahkota yang tidak terlihat, hanya orang sakit yang tahu nilainya. Jaga makan, jaga kehidupan."

Popular

Popular Posts

Amalan Pinggan Sihat Berkhasiat

"Anda tidak perlu mengubah keseluruhan hidup anda dalam sehari, cukup sekadar menukar isi pinggan anda kepada yang lebih berkhasiat hari ini."

Hubungi kami

Name

Email *

Message *